KUANTAN: Seorang ahli fisioterapi di sebuah pusat perubatan swasta di sini kerugian lebih RM234,000 selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud menerusi media sosial awal tahun ini.
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman dalam kenyataan berkata pada 13 Jan lepas, wanita berusia 25 tahun itu telah melayari laman Facebook dan berminat untuk menyertai pelaburan yang didakwa menguntungkan menerusi aplikasi 'Bybit'.
Beliau berkata mangsa kemudiannya telah melakukan 11 transaksi berjumlah RM234,000 ke dalam akaun bank yang diberikan suspek bermula 15 Jan hingga 2 Mac lepas.
"Mangsa yang menggunakan wang simpanan selain membuat pinjaman daripada kenalannya dan bank untuk melakukan pelaburan itu hanya menyedari dirinya terperdaya selepas tidak mendapat keuntungan yang dijanjikan," katanya.
Beliau berkata mangsa telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Sementara itu, Yahaya menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan sindiket pelaburan tidak wujud dan jangan mudah terpengaruh dengan skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 13 2024
Yahaya berkata mangsa telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. - Gambar fail/Bernama
Warga Kementerian Komunikasi perlu jalankan tugas cerminkan konsep Malaysia Madani - Fahmi
Warga Kementerian Komunikasi perlu menjalankan tugas dan amanah yang mampu mencerminkan konsep Malaysia Madani.
Keputusan Che'gu Bard kena perintah larangan pada Isnin
Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Abu Bakar Katar selepas mendengar hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan pada Khamis.
Pengembara 46 negara dibenar guna 'autogate' di pintu masuk negara
Jumlah itu adalah tambahan daripada 10 buah negara yang dibenarkan berbuat demikian pada tahun lepas.
AWANI Ringkas: 10 kes strok haba di Terengganu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes Zulfarhan: Keputusan rayuan 18 bekas penuntut UPNM 23 Julai ini
Mahkamah Rayuan di sini pada Khamis menetapkan keputusan kes berhubung kematian Allahyarham Zulfarhan membabitkan 18 bekas penuntut itu, pada 23 Julai depan.
Faisal Halim dibenarkan jumpa anak dari jarak jauh
Situasi terkini Faisal Halim berada dalam keadaan baik selepas menunjukkan perkembangan positif dari masa ke semasa.
Baj langgar jambatan di AS akibatkan tumpahan minyak
Sebuah baj melanggar jambatan di Galveston, bandar di Pantai Teluk di negeri Texas Amerika Syarikat (AS) pada Rabu menyebabkan tumpahan minyak ke teluk dan sebahagian jambatan itu runtuh.
Kes mahkamah Najib tidak akan selesai dalam masa terdekat - Nooryana
Kes mahkamah yang melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak akan selesai dalam masa terdekat.
MFLS terajui usaha membina negara bangsa dengan belia berkepimpinan
Dalam hasrat membina negara bangsa yang diterajui golongan berkempipinan tinggi, Akademi Kenegeraan Malaysia (AKM) meneruskan lagi program Malaysia Future Leaders School (MFLS) untuk tahun keenam.
Serangan buaya: Perhilitan Melaka pasang perangkap
Perhilitan Melaka akan menjalankan rondaan berkala dan memasang perangkap susulan kejadian seekor kambing milik penduduk dibaham buaya.
Ahli fisioterapi rugi lebih RM234,000 angkara pelaburan tidak wujud
Seorang ahli fisioterapi kerugian lebih RM234,000 selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud menerusi media sosial.
Bekas petugas kesihatan positif COVID-19 dan keluarga bimbang berhari raya dengan stigma
Hari Raya Aidiladha tahun ini nampaknya akan sepi dan suram bagi Hisyamuddin Musni dan ibunya.
"Kasut tumit tinggi menyakitkan!"- Jonathan Goh
Golongan wanita di dunia telah terdedah dengan pelbagai masalah kaki kerana kasut tumit tingi.